Khamis, 2 Ogos 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAB 3 : UNSUR SENI - BENTUK


PENGENALAN

  1. Bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan datar
  2. Bentuk terdiri daripada isi padu, luas, tinggi dan jisim


JENIS-JENIS BENTUK



v  BENTUK KONKRIT

  1.  bentuk atau objek sebenar
  2. bersifat tiga dimensi (3D)
  3.  mempunyai luas, tinggi, isi padu dan jisim
  4.  dapat disentuh dan dipegang
  5. dapat dilihat dari pelbagai sudut
  6. dapat dihasilkan melalui teknik binaan, cantuman, ukiran, anyaman dan sebagainya.






 v  BENTUK ILUSI

Bersifat dua dimensi (2D)
  1.  dihasilkan di atas permukaan yang rata
  2.  Dihasilkan melalui olahan unsur seni seperti garisan, jalinan, ton, ruang dan warna
  3.  dihasilkan melalui melaui teknik lukisan (contoh : garisan, lorekan), catan, cetakan dan gambar foto
  4. Bentuk manusia sering digunakan dalam seni visual. Melukis bentuk manusia mempunyai kaedah tertentu mengikut nisbah tertentu.

1 ulasan: