Ahad, 5 Ogos 2012

MINGGU KE 30 PERSEKOLAHAN

BERMULANYA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI SUBJEK
PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) TINGKATAN 1

KELAS : 1 BAIDURI, 1 FIRUS & 1 INTAN

SECARA TERPERINCI

BAND 3 - Tahu, Faham dan Boleh Buat 

B3
Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.
B3D1
Tahu, faham dan membuat aplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik
B3D1E1
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan lukisan melalui penerokaan pelbagai media dan teknik 

SYARAT-SYARAT MENJALANI PBS B3D2E1, 

Peralatan : pelajar dikehendaki menggunakan bahan media kering sahaja seperti pensel warna, karyon, pastel lembut (soft pastle), magic pen, pensel kayu, marker sahaja. Peralatan sendiri warna & kertas lukisan.

Masa : 35 minit

Hasil : berkualiti, memenuhi syarat dan asli (tidak meniru dari bahan media sedia ada)

Eviden : dijalankan di kelas semasa waktu pembelajaran dan di hadapan guru matapelajaran, tidak boleh buat di rumah


SOALAN :

(B3D2E1) Anda dan adik sedang bersiap sedia untuk pergi berkelah. Gambarkan suasana persiapan anda pada jarak dekat.

SEMOGA BERJAYA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan