Jumaat, 3 Ogos 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAB 5 : UNSUR SENI - RUANG


PENGENALAN

1.      Ruang ialah jarak di antara dua buah objek.
2.      Ruang wujud dalam alam nyata dan dalam karya seni visual
3.      Objek sama saiz yang berada di hadapan adalah lebih besar daripada objek dibelakang
4.      Benda konkrit mempunyai ruangnya yang tersendiri
5.      Warna objek di hadapan adalah lebih jelas, manakala objek di belakang pula semakin kabur warnanya. Warna, jalinan, rupa, bentuk dan garisan mempunyai kekuatan yang membantu mewujudkan ilusi ruang dalam karya seni visual.

JENIS-JENIS RUANG

1.      Ruang fizikal wujud dipersekitaran dan terbahagi kepada :
(A) Ruang terbuka – ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga dan lain-lain

  


(B)   Ruang tertutup – ruang bagi kawasan yang sempit seperti bilik atau bangunan

   

2.      Ruang ilusi wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan dan grafik.
3.      Ruang ilusi terbahagi kepada tiga, iaitu :
a)     Ruang dalam – ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap 





b)     Ruang cetek – ruang dalam kawasan terbatas seperti di dalam bilik







c)     Ruang rata – karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama.



Ruang & Perspektif
  1. Objek yang sama saiz apabila berada di hadapan kelihatan lebih besar daripada objek di belakang.
  2. Perspektif wujud melalui penggunaan ton warna dan elemen seni reka yang lain.
  3. Perspektif terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
(a) Satu titik lenyap
(b) Dua titik lenyap
(c) Tiga titik lenyap


Grid Satu Titik Lenyap


  



Grid Dua Titik Lenyap

      



Grid Tiga Titik Lenyap

Pandangan dari bawah ke atas

~ pandangan objek di sbelah bawah lebih besar dari atas

   

Pandangan dari atas ke bawah

~ pandangan objek sebelah atas lebih besar dari bawah

  


Kesimpulannya :






1 ulasan:

  1. Salam,
    Terima kasih Cikgu Suraya atas nota yg sangat bagus ni..saya copy ya nak guna masa mengajar nanti.

    BalasPadam