Khamis, 2 Ogos 2012

PENTING !!!

PERHATIAN KEPADA PELAJAR SMK.BUKIT PASIR, MUAR, JOHOR TAHUN 2012
1 BAIDURI
1 FIRUS
1 INTAN

Salam sejahtera, tahniah kepada pelajar-pelajar saya especially pelajar ting. 1Baiduri, 1Firus & 1Intan dari SMK.Bukit Pasir, Muar, Johor, yang melepasi Band 1&2 subjek Pendidikan Seni Visual bagi tahun 2012, bagi melayakkan pelajar-pelajar untuk mendapatkan Band 3, anda haruslah menghasilkan produk sebagai eviden bagi kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS) kita.

Pelajar-pelajar boleh praktis di rumah bagi mendapatkan kualiti yang terbaik dan menghasilkannya semula di dalam kelas semasa waktu PSV mengikut kelas masing2, pastikan waktunya tepat (35 minit), hanya dihadapan guru sahaja akan di nilai, jika tidak, di lain waktu pelajar dikehendaki menghasilkan sekali lagi/semula eviden tersebut. Dengan cara ini, pelajar lebih bersedia, teratur, berdisplin, kreatif, kritis dan menghasilkan produk yang terbaik.

Berikut adalah soalan-soalannya :
  1. (B3D2E1) Anda dan adik sedang bersiap sedia untuk pergi berkelah. Gambarkan suasana persiapan anda pada jarak dekat.
  2. (B3D2E2) Hasilkan sebuah lukisan buah-buahan kegemaran anda menggunakan teknik titik.
  3. (B3D2E3) Hasilkan sebuah arca bertemakan flora atau fauna dari dengan menggunakan konsep origami.
  4. (B3D2E4) Hasilkan gubahan corak menggunakan bahan daripada tumbuhan. Gunakan teknik cetakan.
  5. (B3D2E5) Hasilakan sebuah lukisan poster yang bertemakan "Hari Kemerdekaan ke 55". Sila warnakan hasil lukisan poster tersebut dengan menggunakan kreativiti anda.
  6. (B3D2E6) Anda ditugaskan menghasilkan sebuah tembikar menerusi daripada catan bermotifkan flora.
  7. (B3D2E7) Hasilkan sebuah anyaman tikar daripada jenis-jenis kelarai yang telah anda pelajari. saiz adalah, mengikut saiz A4.

Soalan-soalan diatas adalah berturutan & mengikut waktu dan minggu kelas pelajar masing-masing. Dan ianya bermula minggu hadapan 06/08/2012. Semoga berjaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan