Khamis, 2 Ogos 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAB 2 UNSUR SENI - RUPA

PENGENALAN


  1. upa terjadi apabila hujung suatu garisan bertemu dengan titik permulaan.
  2. Rupa tidak mempunyai jisim serta adalah rata dan bersifat dua dimensi (2D).
  3. Rupa boleh dicipta menggunakan garisan, jalinan dan warna.
  4. Rupa boleh wujud secara ilusi atau dapat dilihat secara positif atau negatif.
Garisan dapat dihasilakn pelbagai jenis rupa

Jenis-jenis Rupa
Rupa Geometri
  1. Rupa yang mempunyai sudut, misalnya bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya.
  2. Rupa geometri dihasilkan secara sengaja dengan bantuan alat geometri
  3. Biasanya, terdapat pada objek buatan manusia seperti rupa muka meja, rupa bola, dan rupa buku.


Rupa Geometri

Rupa Organik
  1. Rupa organik ialah rupa yang bebas tanpa dikawal sudutnya.
  2. Biasanya, rupa organik dicipta secara spontan atau tidak sengaja.
  3. Rupa organik dapat dilihat pada objek alam semula jadi seperti batu, awan di langit, daun dan lain-lain.
 

Rupa organik

AKTIVITI RUPA:1

  • Hasilkan corak rupa geometri berulang-ulang mengikut kreativiti anda.
  • Hasilkan corak rupa organik berulang-ulang mengikut kreativiti anda


RUPA MUKA TAIP
CONTOH RUPA MUKA TAIP PADA POSTER

     


Rupa dan Muka Taip

  • Muka taip merujuk kepada jenis rupa huruf (termasuk angka), bentuk dan corak yang berbeza.
  • Terdapat rupa muka taip yang tebal, halus, melengkung, berhias, berwarna-warni dan sebagainya.
  • Muka taip itu berbeza-beza mengikut fungsinya dalam komunikasi.


A B C D E F G H I J K L M 
N O P Q R S T U V W X Y Z

contoh muka taip A-Z

Aktiviti : Sila hasilkan karya berpandukan Rupa dan Muka taip A-Z dengan menghasilkan nama anda.
Contoh :

AYU

5 ulasan: