Selasa, 28 Ogos 2012

How to make a 3D origami swan


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....

SETELAH LAMA  SEMINGGU BERCUTI DI HARI RAYA PUASA, KEMBALI SEMULA MENJALANKAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI SUBJEK PSV BERSAMBUNG SEMULA...

MINGGU INI BERMULA TARIKH 27/08/2012 
PELAJAR TING.1 BAIDURI, FIRUS & INTAN 
SMK.BUKIT PASIR, MUAR, JOHOR
DIKEHENDAKI MENJALANI PBS SEPERTI BERIKUT :

(B3D2E3)

Hasilkan sebuah arca bertemakan flora atau fauna dari dengan menggunakan konsep origami.

pastikan : lipatan yang cikgu pesan telah siap sebanyak 500 keping untuk membina origami swan 3D, semoga berjaya....

dibawah adalah pautan ke youtube cara membina origami swan 3D


Rabu, 15 Ogos 2012


SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT BERCUTI, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA SEMOGA SELAMAT BERAYA

JANGAN LUPA NAIK SEKOLAH
PADA 27/08/2012

Isnin, 13 Ogos 2012

PERHATIAN !

MINGGU INI BERMULA TARIKH 14/08/2012 
PELAJAR TING.1 BAIDURI, FIRUS & INTAN 
SMK.BUKIT PASIR, MUAR, JOHOR
DIKEHENDAKI MENJALANI PBS SEPERTI BERIKUT :

(B3D2E2) Hasilkan sebuah catan buah-buahan kegemaran anda.

semoga berjaya

Ahad, 5 Ogos 2012

MINGGU KE 30 PERSEKOLAHAN

BERMULANYA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BAGI SUBJEK
PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) TINGKATAN 1

KELAS : 1 BAIDURI, 1 FIRUS & 1 INTAN

SECARA TERPERINCI

BAND 3 - Tahu, Faham dan Boleh Buat 

B3
Mengetahui, memahami dan meneroka Asas Seni Reka menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik dalam penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.
B3D1
Tahu, faham dan membuat aplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional menerusi penerokaan pelbagai media dan teknik
B3D1E1
Mengaplikasi Asas Seni Reka dalam penghasilan lukisan melalui penerokaan pelbagai media dan teknik 

SYARAT-SYARAT MENJALANI PBS B3D2E1, 

Peralatan : pelajar dikehendaki menggunakan bahan media kering sahaja seperti pensel warna, karyon, pastel lembut (soft pastle), magic pen, pensel kayu, marker sahaja. Peralatan sendiri warna & kertas lukisan.

Masa : 35 minit

Hasil : berkualiti, memenuhi syarat dan asli (tidak meniru dari bahan media sedia ada)

Eviden : dijalankan di kelas semasa waktu pembelajaran dan di hadapan guru matapelajaran, tidak boleh buat di rumah


SOALAN :

(B3D2E1) Anda dan adik sedang bersiap sedia untuk pergi berkelah. Gambarkan suasana persiapan anda pada jarak dekat.

SEMOGA BERJAYA


Sabtu, 4 Ogos 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAB 6 : UNSUR SENI - WARNA



PENGENALAN

1.       Warna merupakan tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan atau objek.
2.       Warna amat penting bagi melahirkan karya seni yang menarik.
3.       Kekuatan cahaya mempengaruhi terang atau gelapnya sesuatu warna.


JENIS-JENIS WARNA

1.       Warna asas - warna utama




merah
biru
kuning

2.       Warna sekunder – campuran dua warna asas



+

=

merah

kuning

jingga



+

=

biru

merah

ungu



+

=

kuning

biru

hijau

3.       Warna Tertier – campuran warna asas dengan warna sekunder



+

=

biru

hijau

Hijau kebiruan



+

=

merah

jingga

Jingga kemerahan



+

=

kuning

jingga

Jingga kekuningan



+

=

biru

ungu

Ungu kebiruan



+

=

merah

ungu

Ungu kemerahan



+

=

kuning

hijau

Hijau kekuningan

4.       Warna neutral – warna hitam atau putih atau campuran kedua-duanya.














Suhu Warna

1.       Suhu warna merujuk kepada kesan pancaran cahaya panas atau cahaya sejuk
2.       Warna panas (merah, kuning dan jingga) ialah warna yang mempunyai kesan terang atau panas dan kurang selesa atau dipandang. Warna panas mempunyai nilai kehebatan tinggi.
3.       Warna sejuk (hijau, biru dan ungu) ialah warna yang member kesan redup, selesa dan tenang mata memandang. Warna sejuk memiliki nilai kehebatan rendah.


Nilai Warna

Ton Warna

1.       Ton warna ialah nilai terang atau gelap sesuatu warna tertentu.
2.       Ton warna dihasilkan dengan mencampurkan sesuatu warna dengan warna hitam atau putih.
3.       Ton warna semakin gelap terhasil dengan mencampurkan warna hitam
4.       Ton warna semakin cerah terhasil dengan mencampurkan warna putih


Aktiviti 1 :

Ton warna asas


























Aktiviti 2 :

Warna sewarna


Jumaat, 3 Ogos 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAB 5 : UNSUR SENI - RUANG


PENGENALAN

1.      Ruang ialah jarak di antara dua buah objek.
2.      Ruang wujud dalam alam nyata dan dalam karya seni visual
3.      Objek sama saiz yang berada di hadapan adalah lebih besar daripada objek dibelakang
4.      Benda konkrit mempunyai ruangnya yang tersendiri
5.      Warna objek di hadapan adalah lebih jelas, manakala objek di belakang pula semakin kabur warnanya. Warna, jalinan, rupa, bentuk dan garisan mempunyai kekuatan yang membantu mewujudkan ilusi ruang dalam karya seni visual.

JENIS-JENIS RUANG

1.      Ruang fizikal wujud dipersekitaran dan terbahagi kepada :
(A) Ruang terbuka – ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga dan lain-lain

  


(B)   Ruang tertutup – ruang bagi kawasan yang sempit seperti bilik atau bangunan

   

2.      Ruang ilusi wujud dalam karya seni seperti lukisan, catan, cetakan dan grafik.
3.      Ruang ilusi terbahagi kepada tiga, iaitu :
a)     Ruang dalam – ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas seni reka seperti dalam catan landskap 





b)     Ruang cetek – ruang dalam kawasan terbatas seperti di dalam bilik







c)     Ruang rata – karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama.



Ruang & Perspektif
  1. Objek yang sama saiz apabila berada di hadapan kelihatan lebih besar daripada objek di belakang.
  2. Perspektif wujud melalui penggunaan ton warna dan elemen seni reka yang lain.
  3. Perspektif terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
(a) Satu titik lenyap
(b) Dua titik lenyap
(c) Tiga titik lenyap


Grid Satu Titik Lenyap


  



Grid Dua Titik Lenyap

      



Grid Tiga Titik Lenyap

Pandangan dari bawah ke atas

~ pandangan objek di sbelah bawah lebih besar dari atas

   

Pandangan dari atas ke bawah

~ pandangan objek sebelah atas lebih besar dari bawah

  


Kesimpulannya :






Khamis, 2 Ogos 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

BAB 4 : UNSUR SENI - JALINAN


PENGENALAN

  1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
  2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.
  3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri. Contoh jalinan pada alam semulajadi
JENIS-JENIS JALINAN

(A) JALINAN SENTUH

  1. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang.
  2. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui  beberapa teknik seperti catan, cetakan, gosokan dan sebagainya.
 
                                             kulit kerang                                 bunga tayar

(B) JALINAN TAMPAK
  1. Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
  
                                                 bulu zebra                          kulit tembikai      

lukisan buah-buahan